Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,699

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

70 orang golongan asnaf terima bantuan Perbadanan Baitumal Negeri Sabah

4:54pm 11/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 0 views Kota Kinabalu,Tempatan
YAHYA menyerahkan bantuan Perbadanan Baitumal kepada asnaf yang layak di majlis itu.

YAHYA menyerahkan bantuan Perbadanan Baitumal kepada asnaf yang layak di majlis itu.

KOTA KINABALU- Kira- kira 70 orang golongan asnaf menerima sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah berupa wang tunai dan bahan makanan.

Bantuan tersebut diserahkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin bersempena program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Kasuapan, Pulau  Gaya di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Putatan.

Yahya dalam ucapannya mengingatkan rakyat di Pulau Gaya agar tidak terpengaruh dengan janji-janji manis parti pembangkang, sebaliknya terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas juga mahu rakyat terus bersatu padu demi keharmonian dan kesejahteraan.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Pembangunan Negeri Sabah, Dato’ Ruji Ubi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Arsit Sedi, Setiausaha UMNO Bahagian, Encik Ishar Ramli, Bendahari UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Ibrahim OKK Laiman Diki, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Puan Juriah Palasin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian, Daliah Haji Mohd.Zain.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan