Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

70 maut universiti diserang

PELAJAR berlindung di dalam sebuah kenderaan.
PELAJAR berlindung di dalam sebuah kenderaan.

Garissa, Kenya: Sekumpulan militan Al-Shabab menyerang sebuah universiti di timur laut Kenya pada awal pagi semalam menyebabkan sekurangnya 70 pelajar terbunuh dan lebih 79 lagi cedera, kata saksi.

Tentera Kenya dilaporkan menyerbu sebuah blok kediaman di Kolej Universiti Garissa di mana anggota militan menahan sejumlah pelajar sebagai tebusan.

Beberapa pelajar yang berjaya menyelamatkan diri berkata, situasi sangat menakutkan selepas penyerang menembak rakan mereka tanpa belas kasihan.

Seorang pelajar, Collins Wetangula berkata, ketika kejadian dia sedang mandi kira-kira jam 5.30 pagi (waktu tempatan) sebelum terdengar bunyi tembakan di sebuah asrama berhampiran.

Kampus itu mempunyai enam asrama yang menempatkan seramai 887 pelajar.

“Saya dan beberapa rakan yang lain terus bersembunyi di dalam bilik.

“Kami mendengar anggota militan itu membuka pintu setiap bilik dan menembak pelajar yang beragama Kristian,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Augustine Alanga, 21, memberitahu dia melihat lima lelaki bersenjata dan bertopeng menyerbu asrama mereka ketika kebanyakan pelajar sedang tidur.

“Beberapa pelajar berlari keluar dari asrama untuk menyelamatkan diri tetapi penyerang terus menembak mereka,” jelasnya.

Seorang jurucakap militan al-Shabab, Ali Mohamud Rage mengaku kumpulan itu bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.

Katanya dalam satu siaran radio, anggota militan kumpulan itu sedang melaksanakan satu operasi ketenteraan di dalam kampus berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Joseph Nkaissery berkata, empat suspek penyerang mati dibunuh dan seorang lagi berjaya ditahan.

Pusat Operasi Bencana Kebangsaan dalam satu kenyataan memberitahu penyerang dikepung di dalam sebuah asrama sebelum diserang askar kerajaan.

Saksi berkata, polis dan askar Kenya menyerbu asrama berkenaan dan berjaya membunuh empat militan.

Seorang kakitangan hospital di Garissa berkata, sekurangnya 70 pelajar maut dan lebih 79 lagi cedera dalam serangan pada awal pagi itu.

Bandar Garissa terletak berhampiran sempadan Somalia.

Sementara itu, polis menawarkan ganjaran kira-kira AS$220,000 (RM808,000) untuk penangkapan Mohamed Mohamud atau dikenali sebagai Dulyadin @ Gamadhere yang dipercayai dalang di sebalik kejadian berkenaan.-AP

Komen


Berita Berkaitan