Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

70 KES KANSER BAHARU DIKESAN DI SABAH MELIBATKAN KANAK-KANAK

Dr. Tan Bee Hwai (kanan) menunjukkan isyarat bagus sebagai tanda sokongan kepada Program ‘Go Bald – Childhood Cancer Awarenes’ anjuran JCI Sabah. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Sebanyak 60 hingga 70 kes kanser baharu dikesan setiap tahun di negeri ini adalah melibatkan golongan kanak-kanak.

Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Dr Tan Bee Hwai berkata, pesakit kanak-kanak yang menghidap kanser itu dikenal pasti berada ditahap ke empat.

“Kanak-kanak ini tidak berdosa, tetapi terpaksa menanggung penderitaan akibat penyakit itu seawal usia muda mereka.

Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam Program ‘Go Bald – Childhood Cancer Awarenes’ anjuran JCI Sabah di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

“Justeru, salah satu cara untuk menyatakan sokongan kita kepada para kanak-kanak ini adalah menerusi Program Go Bald. Kita mahu memberitahu mereka bahawa Go Bald ialah perkara yang normal dan boleh dilakukan sesiapa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program ‘Go Bald – Childhood Cancer Awarenes‘ anjuran JCI Sabah di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 28 sukarelawan termasuk para doktor membotakkan rambut sebagai simbolik sokongan terhadap kempen tersebut.

Been Hwai berkata, berdasarkan jumlah kes kanser di seluruh negara, kira-kira lapan peratus daripada 100 peratus pesakit kanser yang dikenalpasti terdiri daripada kanak-kanak.

Sehubungan itu, katanya, kempen kesedaran penyakit kanser kanak-kanak ini diharap dapat memberikan motivasi kepada para pesakit meneruskan kehidupan.

Beliau menambah, penganjuran kempen itu juga wajar diadakan setiap tahun bagi memberikan semangat serta harapan kepada kanak-kanak berkenaan.

“Mesej yang disampaikan dalam kempen ini sangat penting iaitu agar anak-anak ini mampu bergembira seperti mana kanak-kanak yang normal,” ujarnya.

Komen


Berita Berkaitan