Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

70 Banduan Sedang Jalani Perintah Parol Di Sabah

penjara

KOTA KINABALU : Sebanyak 67 banduan lelaki dan tiga banduan wanita sedang menjalani perintah parol di negeri ini sebelum dibebaskan, kata Pengarah Penjara Sabah dan Labuan Suria Idris.

Beliau berkata kesemua banduan berkenaan telah dihantar bekerja dalam pelbagai bidang dengan majikan di negeri ini yang telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Penjara.

“Mereka akan menjalani perintah parol sehingga tempoh hukuman selesai, sebelum dibebaskan dan kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat untuk menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas Program Outreach Lembaga Parol, di sini hari ini.

Beliau berkata banduan yang dipilih untuk mendapat parol itu telah selesai menjalani separuh daripada hukuman mereka di penjara.

“Apabila selesai menjalani separuh daripada hukuman itu, banduan berkenaan layak untuk diberi parol. Namun yang menentukan sama ada banduan itu layak atau tidak diberikan parol adalah Lembaga Parol dengan pelbagai faktor diambil kira,” katanya.

Suria berharap akan lebih banyak lagi majikan yang berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Penjara untuk sistem parol itu.

“Untuk menjayakan sistem parol ini kami memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak yang akan memberi peluang pekerjaan kepada banduan yang akan menjalani perintah parol,” katanya.

Beliau berharap banduan yang terpilih menjalani perintah parol dapat memanfaatkan peluang kedua diberikan kepada mereka itu untuk memperbetulkan segala kesilapan lalu.

“Peluang itu perlu digunakan sebaik mungkin bagi memperbaiki diri hasil bimbingan, peluang pekerjaan dan kepercayaan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan