Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

7 tahun nak tukar Rp1,000 jadi Rp1

gambar hiasan
gambar hiasan

Jakarta: Rancangan untuk redenominasi atau mengurangkan tiga kosong pada nilai Rupiah masih belum dapat dilakukan walaupun cadangan itu sudah dikemukakan ke Parlimen sejak 2013.

Perbahasan mengenainya tidak dapat dilakukan kerana perkembangan politik dan juga kerana kelemahan nilai mata wang itu sendiri.

Timbalan Gabenor Bank Indonesia, Ronald Waas berkata, semalam, langkah menggugurkan tiga kosong daripada matawang Indonesia itu tidak akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Katanya, untuk berbuat demikian, ia mengambil masa yang lama, mungkin sehingga tujuh tahun.

“Ada tahap yang perlu dilalui. Kerana itu, ia mungkin mengambil masa antara lima dan tujuh tahun,” kata Ronald di Semarang.

Dia mengaku nilai Rupiah ketika ini menggunakan terlalu banyak kosong. Bagaimanapun, Indonesia, katanya, masih lebih baik berbanding Vietnam yang mempunyai nominal mata wang lebih banyak. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan