Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7 suspek termasuk pemilik premis perjudian ‘Cyber Online’ haram di tahan

6:22pm 22/04/2016 Leolerry Lajius 174 views Jenayah,Tempatan
Barang milik suspek yang dirampas dalam operasi berkenaan.

Barang milik suspek yang dirampas dalam operasi berkenaan.

KOTA KINABALU: Pihak polis menahan tujuh orang suspek termasuk pemilik premis dalam satu serbuan di Premis Triple 8 Vapor, Sulaman Sentral 2 kerana terbabit dalam kegiatan perjudian ‘Cyber Online’ haram.

Hasil serbuan tersebut, pihak polis juga telah merampas 8 biji tablet, 1 telefon bimbit, 1 unit wifi jenama Huawei dan wang tunai bernilai RM518 dan sepanjang tahun ini pihak polis telah membuat empat serbuan di lokasi berbeza dan telah merampas 48 biji tablet serta empat biji telefon.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, modus operandi premis ini adalah dipasang dengan CCTV dan pintu juga dipasang dengan ‘Security Door’ menggunakan kata kunci serta pengunjung premis juga adalah pelanggan tetap yang dilakukan secara tertutup.

“Kegiatan perjudian Cyber Online secara haram suatu ketika dulu pernah beroperasi secara haram dan secara tersembunyi. Namun hasil daripada serbuan demi serbuan yang dijalankan maka pada sekitar tahun 2014 pihak berkuasa berjaya membanteras aktiviti tersebut daripada berterusan.”

“Namun sekitar bulan Mac tahun ini, pihak polis mendapat maklumat bahwa usaha untuk menghidupkan semula kegiatan judi cyber online haram ini telah bermula dan kini alat yang digunakan adalah Gajet berupa tablet dan telefon bimbit Smartphone yang boleh online terus dengan menggunakan wifi dalam premis dimana tempat kegiatan perjudian tersebut beroperasi,” katanya ketika sidang media yang dibuat di IPD Kota Kinabalu, di sini, hari.

Chandra juga mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan kegiatan ini kerana tindakan tegas  berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap penganjur serta pelanggan yang main atau berada dalam premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 B Akta Rumah Judi Terbuka  yang memperuntukkan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM 200,000 dan boleh dipenjarakan tidak lebih 5 tahun.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan