Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7 setinggan musnah terbakar

3:12pm 28/03/2017 Leolerry Lajius 2848 views Tempatan

Rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan. Gambar Irwan Majid

PUTATAN: Tujuh buah rumah setinggan musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Dumpil di sini, pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 9.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 15 kilometer itu pada jam 9.29 pagi.

Menurut pihak bomba, kesemua rumah dengan anggaran berkeluasan 100 kaki panjang dan 100 kaki lebar itu musnah dalam kejadian berkenaan.

Anggota bomba menggunakan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 3 pancutan 200kaki dari jentera scania dan 1 aliran 1 pancutan 200kaki dari jentera Water Tanker untuk memadam kebakaran.
Operasi yang melibatkan 17 orang anggota dari balai bomba Penampang dan 13 anggota dari balai bomba Kota Kinabalu serta seorang pegawai penyiasat itu berjaya dikawal pada jam 10.03 pagi.
Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih disiasat. -Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Pihak bomba ketika menjalankan operasi memadam kebakaran. Gambar Irwan Majid

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan