Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

7 restoran dan hotel sokong “Say No To Shark Fin Soup”

Aderick (kanan) dan Jennee (dua kanan) merakamkan gambar kenangan bersama salah sebuah restoran hotal Kota Kinabalu yang menyokong kempen berkenaan selepas majlis menandatangani MOU ‘Say No To Shark Fin Soup’. -Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh buah restoran dan hotel sekitar bandaraya Kota Kinabalu menyokong kempen ‘Say No To Shark Fin Soup’ sejak kempen berkenaan dilancarkan pada 2011.

Pengasas projek kempen berkenaan merangkap Persatuan Perlindungan Ikan Yu Sabah (SSPA) Aderick Chong berkata, dua daripadanya baru sahaja menandatangani dokumen perjanjian memorandum persefahaman (MOU) sebagai tanda sokongan membantu dalam melindungi ikan yu yang terdapat di perairan Sabah.

Katanya, usaha berkenaan juga mampu membantu kerajaan dalam mengekalkan kestabilan ekosistem ikan yu yang menjadi salah satu elemen pelancongan marin.

“Pelancong datang ke Sabah mahu melihat ikan yu yang terdapat di perairan Sabah terutamanya di Sipadan dan di pasaran.

“Sangat menyedihkan bila ikan yu kita dibunuh dan hanya dapat dilihat di pasaran.

“Di Sabah, pelancong mahu kembali ke Sabah sebenarnya mahu melihat beberapa spesies terancam ikan yu melalui industri menyelam skuba,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis menandatangani dokumen MOU ‘Say No To Shark Fin Soup’ di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Junior Chamber International (JCI) Tanjung Aru 2018 Jennee Chang Jen Nee berkata, pihaknya mahu lebih banyak premis untuk sama-sama menyokong kempen itu.

Katanya, pada ketika ini, masih banyak restoran dan hotel yang masih menyediakan menu sup sirip ikan yu kepada pelanggan mereka.

“Ini kerana, permintaan menu ini masih tinggi dan dengan MOU ini mampu untuk memberi kesedaran kepada hotel-hotel dan restoran lain untuk tidak menyedikan menu ini lagi.

“Ia bagi melindungi ekosistem marin di Sabah dan juga mampu memberi kesedaran kepada pelancong dan orang awam berkenaan pelindungan hidupan marin terancam dan mengalami kepupusan ini,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan