Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7 Rahsia Mendidik Anak-Anak

10:22am 21/09/2016 Zakir Sayang Sabah 350 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

1. Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2. Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Sudah tu, berhenti main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan: “Ok, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
3. Jika engkau berada di hadapan sekumpulan anak-anak dalam sebuah tempat, yang mereka riuh bising dan hendak bergaduh, dan engkau ingin meleraikan mereka, maka katakanlah: “Ok.. Siapa yang nak mendengar cerita saya, angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4. Katakan kepada anak-anak ketika hendak tidur: “Ok tidur sayang.. esok pagi kan kita solat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Ok tidur sekarang, esok sekolah”, akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5. Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka. Jadilah seperti anak kecil saat bersama mereka, ajarkan mereka dengan cara yang menyenangkan sambil bermain.
6. Ketika bersama anak-anak, tinggalkan handphone dan matikan juga TV. Jika ditelefon oleh seseorang tetapi urusannya tidaklah begitu penting, katakan kepadanya: “Maaf, sekarang saya sedang sibuk bersama anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya kewibawaan anda, ataupun hilangnya kepribadian anda. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
7. Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan, baik di dunia maupun di akhirat.
(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan