Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7 premis judi nombor pertaruhan haram disita

2:53pm 14/07/2016 Pak Roshan 982 views Jenayah,Mutakhir
Anggota penguatkuasa MPS memeriksa premis yang menjalankan kegiatan penjualan nombor pertaruhan secara haram di Sandakan. - Foto NSTP

Anggota penguatkuasa MPS memeriksa premis yang menjalankan kegiatan penjualan nombor pertaruhan secara haram di Sandakan. – Foto NSTP

SANDAKAN: Tujuh premis disita kerana dipercayai menjalankan aktiviti penjualan nombor pertaruhan secara haram dalam serbuan di dua lokasi berasingan di sini, semalam.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kanan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Sairin Abd Rahman, berkata serbuan dilakukan 13 anggota penguat kuasa bermula jam 2 petang semalam, di sekitar kawasan BDC dan Batu 2 1/2 Jalan Labuk, di sini susulan maklumat orang awam mengenai kegiatan judi haram.

Katanya, 10 premis menjadi sasaran dalam serbuan itu, namun hanya tujuh yang dapat disita kerana pengusaha premis lain sempat menutup operasi dan membawa lari mesin pencetak nombor selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Hasil pemeriksaan, kami menyita pelbagai jenama mesin serta telefon bimbit dipercayai digunakan dalam kegiatan haram itu.

“Ia adalah serbuan kedua tahun ini dan akan dilaksanakan berterusan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sairin berkata, MPS akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen perniagaan premis yang didapati melanggar syarat pelesenan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan