Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,998

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7 Perubahan Yang dilakukan Erdogan Untuk Turki Yang lebih Islamik

5:02pm 20/07/2016 Zakir Sayang Sabah 145 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Negara Turki moden hari ini lahir dari kejatuhan Empayar Islam Uthmaniah. Sedia maklum, Kamal Attartuk, pengasas negara Turki telah melakukan reformasi yang radikal dengan menghapuskan peranan agama Islam dalam negara baru Turki. Madrasah ditutup, wanitanya dihalang dari pakaian yang patuh syariah, sampai azan pun ditukar dari bahasa Arab kepada bahasa Turki!

Sejak itu, Turki menjadi sebuah negara sekular selama beberapa dekad hingga hari ini. Walaubagaimanapun, sejak Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) memerintah, beberapa undang-undang negara berjaya diubah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih islamik. Kredit patut diberikan kepada pemimpin AKP antaranya termasuklah Recep Tayyib Erdogan, Presiden Turki sekarang.

7 Perubahan Negara Turki Ke Arah Negara Yang Lebih Islamik

1.  Ribuan Masjid Baru Dibina.

Menurut laporan The Atlantic, 17 000 masjid baru yang dibina oleh kerajaan Turki di antara tahun 2002-2013. Banyak lagi yang masih dalam pembinaan sekarang, dan sejumlah besar peruntukan diberi untuk membaik pulih masjid-masjid lama dari zaman Empayar Uthmaniah.

2. Larangan berhijab dimansuhkan.

Sebelum ini, pemakaian hijab adalah dilarang bagi pekerja sektor awam. Guru, penguam dan ahli parlimen wanita semuanya tidak dibenarkan berhijab. Beberapa tahun selepas AKP memerintah, larangan berhijab ini akhirnya terangkat. Pada November 2015, seorang hakim wanita menjadi wanita pertama yang mengadili kes di mahkamah yang memakai hijab. ( Laporan Al Arabiya )

3. 1 Juta Pelajar Mendaftar di Sekolah Imam Hatip.

Sekolah Imam Hatip adalah sekolah vokasional yang menyediakan pengajian agama dan tempat melatih para imam. Kebanyakan imam masjid di Turki dilantik dari alumni sekolah ini oleh kerajaan. Sekolah ini diasaskan selepas Madrasah ditutup pada zaman Kamal Attarturk. ( Laporan The Turkey Analyst )

4. Mewajibkan Pendidikan Agama.

Kelas Pengajian Islam mula diwajibkan bagi seluruh pelajar di setiap sekolah Turki. Antara subjek yang diajarkan adalah sirah Nabi Muhammad dan juga AlQuran ( Laporan : The Turkey Analyst )

5. Tahap Umur untuk Belajar AlQuran dihapuskan.

Kanak perlu berumur sekurang-kurang 12 tahun sebelum boleh belajar AlQuran. Perkara ini kemudian dihapuskan oleh pihak kerajaan, yang akhirnya membenarkan sesiapa sahaja belajar alQuran tanpa mengira usia. ( Laporan The Turkey Analyst )

6. Menghadkan tempat dan pengiklanan penjualan arak.

Negara Turki sekular pada awalnya memang membenarkan penjualan arak berleluasa di mana sahaja di dalam negara tersebut. Pada tahun 2013, AK Party telah mengusulkan di dalam parlimen untuk melarang pengiklanan arak dalam kawasan masjid atau sekolah (radius 100 meter). Kawasan sekolah, pusat kesihatan dan kelab sukan antara tempat larangan penjualan arak. Selepas jam 10 malam tiada penjualan arak boleh berlaku. ( Laporan Hurriyet Daily News )

7. Pemerkasaan perbankan Islam.

Beberapa tahun belakangan ini dibawah pimpinan Erdogan, sistem perbankan Islam semakin berkembang pesat. Bank Ziraat Islamik kepunyaan negara itu dijangkakan akan mempunyai 180 cawangan menjelang 2018 ( Laporan Daily Sabah )

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan