Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

7 Lelaki Ditahan, Selesai 10 Kes Di Sandakan

gambar hiasan

SANDAKAN – Polis menyelesaikan 10 kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini dengan tertangkapnya tujuh lelaki menerusi tiga operasi berasingan sepanjang minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata kesemua yang ditahan itu merupakan warga tempatan, berusia antara 21 dan 32 tahun.

Turut dirampas ialah 15 barangan, tiga motosikal, komponen motosikal dan sebuah van yang dicuri.

Kejayaan tangkapan ini merupakan hasil kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azhar berkata tangkapan pertama membabitkan dua lelaki berusia 31 dan 32 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun dan pecah rumah dengan 15 barangan termasuk jam tangan dan telefon bimbit dirampas daripada mereka.

Bagi kes kedua pula polis menahan tiga lelaki berusia antara 21 dan 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal dan merampas tiga motosikal serta komponen motosikal daripada kedua-duanya.

Kes ketiga membabitkan tangkapan dua lelaki berusia 22 dan 27 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes curi kenderaan dan merampas sebuah van disyaki dicuri daripada mereka, katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan