Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

7 lelaki bersenjata lari ke Tawi-Tawi

tawitawi

KOTA KINABALU: Polis percaya tujuh lelaki bersenjata yang gagal dalam usaha culik di pusat ternakan ikan berhampiran Kampung Bangau-Bangau, Semporna tempoh hari telah melarikan diri ke kawasan Tawi-Tawi, Selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya, beliau difahamkan kumpulan berkenaan telah menuju ke kawasan berkenaan.

“Siasatan masih giat dijalankan dan kita juga sedang bekerjasama rapat dengan rakan sejawat di Filipina berhubung insiden itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Kuih Raya dari Parti Bersatu Sabah yang disampaikan oleh presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan kelmarin.

Dalam kejadian 7 Julai itu, cubaan tujuh lelaki bersenjata terbabit untuk menculik seorang pengusaha di situ gagal apabila mendapati individu berkenaan tidak berada di pusat ternakan itu.

Bagaimanapun, cubaan culik itu bertukar menjadi insiden rompakan di mana suspek berjaya mengambil beberapa barangan di situ termasuk televisyen, dekoder Astro, beberapa peralatan dan kelengkapan rumah yang terdapat di pusat ternakan ikan sangkar berkenaan.

Sementara itu, Pairin dalam ucapannya mengalu-alukan penstrukturan baharu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang akan menjamin keselamatan serta keharmonian berterusan negeri ini di masa hadapan.

“Perubahan di dalam pentadbiran ini dijangka akan memberikan lebih banyak impak positif,” katanya mengulas struktur baharu Esscom yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lalu.

Komen


Berita Berkaitan