Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7 kena jel kerana sokong Daish

10:45am 10/02/2016 Pak Roshan 8 views Global
POLIS mengiringi supek radikal ke mahkamah di Jakarta, semalam.

POLIS mengiringi supek radikal ke mahkamah di Jakarta, semalam.

Jakarta: Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara ke atas tujuh lelaki yang dituduh menyokong kumpulan pengganas Daish.

Hukuman itu dikenakan ketika Indonesia meningkatkan kawalan keselamatan sejak serangan pengganas di Jakarta bulan lalu yang didakwa dilakukan kumpulan berkenaan, buat pertama kali di rantau ini.

Lapan orang, empat daripadanya penyerang, terbunuh dalam kejadian itu.

“Apa yang terbukti ialah tertuduh berhasrat bersekongkol, membantu dan bersiap melakukan kegiatan yang ada kaitan dengan keganasan,” kata ketua hakim, Syahlan.

Katanya, pendakwa raya tidak perlu membuktikan mereka sebenarnya melakukan serangan.

Mereka dipenjara antara tiga dan lima tahun atas tuduhan dari menjalani latihan di sebuah kem tentera di Syria hingga menyebarkan ideologi ekstremis dan memungut derma untuk membiayai rakyat negara itu ke Asia Barat bagi menyertai Daish.

Kerajaan Indonesia ketika ini dalam proses mengkaji undang-undang antikeganasan dengan harapan dapat mengekang fahaman radikal dan menghalang rakyatnya menyertai kumpulan militan.

Pegawai berkata, mereka menimbang langkah untuk memanjangkan tempoh penjara dan menahan suspek militan selama 14 hari tanpa tuduhan.

Polis antikeganasan Indonesia menahan sekitar 50 orang sejak dua bulan lalu kerana disyaki mempunyai hubungan dengan rancangan untuk melakukan serangan. – Agensi/HMetr0

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan