Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7 Kayu Ukur Kebahagiaan Buat Anda

9:55am 03/08/2016 Zakir Sayang Sabah 74 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Semua orang inginkan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat. Akan tetapi kita tak tahu apakah perkara yang membuatkan kita bahagia?

Adakah mempunyai harta yang banyak itu kebahagiaan?

Atau melancong sana sini itu juga satu kebahagiaan?

Jadi kami akan kongsikan satu kayu ukur kebahagiaan mengikut Ibnu Abbas

#1 Hati yang selalu bersyukur dengan apa sahaja

Dengan erti kata lain kita sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada di sekeliling kita(qana’ah). Kita tidak melihat mereka yang lebih berharta daripada kita dan berlumba-lumba mengejar kearah itu.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.(Ibrahim 14:7)

#2 Pasangan hidup yang soleh atau solehah

Memiliki pasangan hidup yang cantik dari sudut fizikal sahaja tidak cukup untuk membuatkan kita bahagia. Tapi yang membuatkan kita lebih bahagia adalah pasangan kita yang mampu mengajak kita membuat kebaikkan bersama-sama

“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)”.(Adz-Dzaariyaat 51:49)

#3 Anak yang soleh atau solehah

Menjadi idaman bagi ibubapa untuk mendidik anak mereka menjadi seorang anak yang baik bukan kepada mereka sahaja tetapi kepada masyarakat juga. Ini kerana anak yang soleh atau solehah menjadi aset kepada ibubapa untuk menuju ke syurga.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

(Al-Ahqaaf 46:15)

 

 

#4 Hidup dalam suasana baik atau biah solehah

Hidup dalam lingkungan suasana yang kondusif untuk iman kita dapat menjaga kita daripada melakukan maksiat. Mereka yang berada di sekeliling kita ada disisi untuk menegur dan membimbing kita kearah jalan yang lurus.

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

(An-Nisaa’ 4:69)

#5 Harta yang halal dan barokah

Banyak harta tidak semestinya bahagia dan sikitnya harta tidak semestinya sengsara. Boleh jadi mereka yang sikitnya harta jauh lebih bahagia daripada mereka yang kaya tapi jiwa gundah gelana.

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

(Al-Baqarah 2:267)

#6 Semangat untuk mendalami Islam

Bila mana Allah hendak kebaikkan buat diri hambanya adalah dengan Allah memberikan hidayah kepada seseorang untuk memahami islam dengan lebih dalam. Dengan itu lahirlah perasaan cinta dan taqarrub(dekat) kepada Allah.

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

(Al-Maaidah 5:16)

#7 Umur yang diberkati

Maksudnya adalah semakin meningkat umur kita semakin kita rasa kematian itu semakin menghampiri kita. Dan perasaan itulah yang menolak diri kita untuk mempertingkatkan lagi amal kebaikkan. Ada sahaja mereka yang semakin meningkat umur semakin lupa diri dan matlamat hidup mereka.

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.

(Al-Baqarah 2:96)

Wallahua’lam. Itu sahaja perkongsian daripada kami. Jika artikel ini bermanfaat buat anda silalah share pada kawan-kawan anda.

Perkongsian ini disunting daripada sumber asalnya disini : http://bersamadakwah.net/7-indikator-yang-membuat-anda-bahagia/

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan