Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7 gagal seludup 580 telefon bimbit

10:12am 21/06/2016 Pak Roshan 657 views Global
TUJUH lelaki ditahan bersama-sama telefon bimbit yang cuba diseludup.

TUJUH lelaki ditahan bersama-sama telefon bimbit yang cuba diseludup.

Shenzhen: Polis menahan sekumpulan tujuh penyeludup bersama 580 telefon bimbit yang diikat pada badan mereka.

Menurut laporan CCTV News, telefon bimbit itu ialah dari jenama iPhone atau Samsung Galaxy S7 Edge dan dianggarkan bernilai lebih 1.3 juta yuan (RM812,200).

Pegawai kastam di pusat pemeriksaan Shenzhen Huanggang menyedari seorang lelaki berjalan dalam keadaan mencurigakan ketika melalui pemeriksaan keselamatan.

Apabila pengesan logam berbunyi, dia diperiksa dan pihak berkuasa menemui 35 telefon bimbit pada kaki dan tali pinggangnya.

Rakannya jelas tidak menyedari apa yang berlaku kerana dalam tempoh lima minit selepas dia ditahan, enam lagi rakannya ditahan.

Ketujuh-tujuh mereka dilaporkan mempunyai rekod menyeludup.

Perbuatan menyeludup iPhone dan barangan elektronik bernilai tinggi dari Hong Kong ke tanah besar China, bertujuan untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

Mei tahun lalu, seorang lelaki cuba menyeludup 18 telefon bimbit dengan menyembunyikannya di tempat khas yang dibina pada basikalnya. – Agensi/HMEtro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan