Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7 dari 9 ekor gajah ditemui mati

1:07pm 14/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 2398 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
RENJER Unit Penyelamat Hidupan Liar membantu mengeluarkan seekor gajah yang masih hidup dari kolam lumpur.

RENJER Unit Penyelamat Hidupan Liar membantu mengeluarkan seekor gajah yang masih hidup dari kolam lumpur.

TAWAU- Sejumlah tujuh daripada sembilan gajah liar ditemui mati di dalam kolam lumpur berdekatan sebuah perusahaan kayu balak di Rinukut, sini, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuugu berkata pihaknya menerima satu laporan daripada orang ramai mengenai kejadian itu pada 10 September lalu.

“Malangnya, apabila pasukan kami tiba di kawasan tersebut, lima daripada sembilan ekor gajah yang terperangkap telah ditemui mati di dalam kolam tersebut dan dianggarkan telah terperangkap sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh dijumpai.

“Dengan bantuan jentera berat daripada kem pembalakan Berkat Saga, 2 ekor gajah dewasa yang masih kuat telah berjaya dikeluarkan dan akhirnya kembali masuk ke kawasan hutan. Namun, dua ekor gajah lagi terpaksa di ‘eutanasia’ kerana terlalu lemah, kekurangan air dan buta bagi mengelakkan mereka daripada terus sengsara. Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, kolam tersebut telah ditimbus dengan tanah dan ditutup sepenuhnya,” tambah Tuuga.

Katanya, siasatan rapi dan kajian semula laporan bedah siasat mendapati tiada terdapat unsur jenayah dapat dikenalpasti.

“Kemungkinan gajah-gajah tersebut masuk ke dalam kolam lumpur hanya sekadar untuk menyejukkan diri dan mandi. Malangnya, mereka mungkin tersalah jangkaan akan kedalaman dan konsistensi lumpur seperti “pasir jerlus” di dalam kolam tersebut dan akhirnya gagal keluar,” katanya.

Beliau turut menasihatkan mana-mana pihak yang telah membuat penggalian yang serupa, agar menimbus kembali atau memagar kawasan berkenaan selepas tamat kerja-kerja disekitar kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang terutamanya di kawasan yang menjadi laluan gajah.-SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan