Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

7 calon exco wanita dan 2 calon exco puteri dari Sabah tanding pemilihan sayap UMNO

Kota Kinabalu : Negeri Sabah meletakkan tujuh (7) calon Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan dua (2) calon Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan sayap parti itu 23 Jun ini.

Antara calon-calon tersebut adalah Ketua Pegerakan Wanita UMNO Sabah Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia telah menawarkan diri untuk bertanding Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Untuk calon Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mempertahankan jawatan Exco Wanita UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO bersama-sama dengan Naib Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid turut mempertahankan jawatan exco mereka.

Sementara itu, calon Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang lain Ketua Wanita UMNO Silam, Mizma Appehdullah, Ketua Wanita UMNO Sandakan, Noraini Sulong, Ketua Puteri UMNO Beluran Julie Sabran yang juga turut menawarkan diri jawatan exco dan Ketua Wanita UMNO Kota Kinabalu, Datuk Rosimah Zakaria bertanding untuk jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia.

Pada 22 Mei lalu, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemilihan parti peringkat cawangan diadakan 19 Mei hingga 10 Jun, diikuti pemilihan ketua sayap (23 Jun) dan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO (30 Jun).

Sementara itu, Puteri UMNO Sabah meletakkan dua calon Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia iaitu, Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat dan Ketua Puteri Umno Kota Marudu Sh Lydia Sh Dandan./SayangSabah

(Dari kiri) Rosnah, Jainab dan Azizah.

Komen


Berita Berkaitan