Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

7 Bulan Nafsu Terabai, Suami Nekad Tetak Isteri

KEJAM…Hanya kerana cemburu dan keengganan mangsa menjalinkan hubungan seks, seorang lelaki nekad membunuh isterinya di Dusun Baruga, Desa Bambaira, Kecamtan Bambaira, Kabupaten Mamuju Utara, Sulawesi Barat, Indonesia baru-baru ini.

Portal Regional melaporkan, suspek, Muhammad Amin yang berusia 34 tahun dipercayai membunuh isterinya, Ainun Safitri, 28, menggunakan sebilah parang dengan menetak beberapa bahagian badan Ainun sehingga pergelangan tangannya putus.

Pasangan suami isteri itu dilaporkan pasangan yang sah namun tinggal berasingan kira-kira tujuh bulan lalu.

Polis tempatan, AKBP Mashura berkata, mangsa diserang ketika baru pulang dari mengajar di sebuah sekolah berdekatan.

Menurutnya, suspek menyerang mangsa dengan parang dan menetak tubuh mangsa yang bekerja sebagai guru hingga meninggal dunia.

Akibat tetakan itu, mangsa mengalami cedera parah di punggung, kepala dan telinga serta pergelangan tangannya putus akibat cuba menghalang serangan suspek.

Selepas menyedari isterinya sudah tidak bergerak, suspek melarikan diri ke rumahnya dan cuba membunuh diri dengan menikam dadanya dan meminum racun rumput.

Kejadian berkenaan disedari penduduk kampung dan mereka menghubung polis untuk tindakan selanjutnya.

Suspek ditemui tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital Ako Mamuju Utara, Indonesia bagi menerima rawatan. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan