Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

7 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran

 

Keadaan rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran tersebut.
Keadaan rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran tersebut.

KOTA KINABALU: Tujuh buah rumah setinggan musnah dalam satu kejadian kebarakan yang berlaku di Kampung Gudon, Jalan Sepanggar pagi tadi.

Sejurus selepas menerima panggilan pada jam 10.11 pagi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dengan keanggotaan 30 orang anggota diketuai oleh PbKB I Hamsah Bin Isnurdi dan dibantu oleh 12 anggota BBP Jalan Lintas telah bergegas ke lokasi dan mendapati ketujuh-tujuh buah rumah setinggan tersebut telah musnah terbakar.

Ketangkasan pihak bomba untuk mengawal api dari merebak ke rumah yang lain telah berjaya menyelamatkan 32 buah rumah  di sekitar kawasan kejadian.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.53 tengahari dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan