Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

7 anggota Geng Botak ditangkap

botak

MIRI: Polis menahan tujuh anggota Geng Botak termasuk seorang suspek utama yang terlibat dalam kes samun dan cubaan merogol seorang guru serta pelajar tingkatan dua di sini.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, tujuh suspek itu kesemuanya lelaki rakyat tempatan berusia antara 20 hingga 35 tahun ditahan polis di pelbagai lokasi di sini dalam dua hari lepas.

“Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat petang ini, kita yakin dengan tangkapan suspek ini beberapa kes jenayah samun dan jenayah lain dapat diselesaikan” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun oleh suspek utama yang berusia 20-an kemlarin.

Komen


Berita Berkaitan