Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

7 anggota bomba selamat jentera terhumban ke sungai

7:25pm 11/04/2016 Pak Roshan 1286 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
TUJUH anggota bomba selamat, selepas jentera yang dinaiki mereka terhumban ke dalam sungai apabila jambatan kayu yang dilalui patah, dalam kejadian di Kampung Korina, Sikuati, Kudat. - Foto ihsan pembaca

TUJUH anggota bomba selamat, selepas jentera yang dinaiki mereka terhumban ke dalam sungai apabila jambatan kayu yang dilalui patah, dalam kejadian di Kampung Korina, Sikuati, Kudat. – Foto ihsan pembaca

KUDAT: Tujuh anggota bomba selamat, selepas jentera yang dinaiki terhumban ke dalam sungai apabila jambatan kayu yang dilalui patah, dalam kejadian di Kampung Korina, Sikuati, Kudat, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, jentera bomba itu dikatakan dalam perjalanan memadamkan kebakaran lalang di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Khairul Azuwan Ibrahim, mengesahkan kejadian itu berkata tiada kecederaan dialami anggota bomba yang terbabit.

“Mereka sebenarnya dalam perjalanan untuk memadam kebakaran lalang di kawasan Sikuati, selepas balik dari operasi memadam kebakaran di tempat lain sebelum itu,” katanya di sini sebentar tadi.

Khairul Azuwan berkata, kejadian seperti itu adalah antara risiko dihadapi anggota bomba dan penyelamat dalam menjalankan tugas mereka. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan