Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SABAH SAMPAIKAN UCAPAN SIMPATI KEPADA MANGSA GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI PALU

Madius dan Krishna bertukar cenderamata sebagai simbolik pertemuan dalam kunjungan hormat di Wisma Kewangan hari ini. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Perdagangan dan Industri

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengucapkan rasa simpati dan takziah atas nyawa terkorban akibat bencana gempa bumi dan tsunami di daerah Palu, Pulau Sulawesi Indonesia.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyampaikan ucapan tersebut semasa kunjungan hormat oleh Konsul Jeneral Republik Indonesia ke Sabah, Krishna Djelani di pejabat beliau di Wisma Kewangan sini hari ini.

Semasa pertemuan, kedua-dua pihak bertukar pandangan tentang kerjasama dua hala dari segi pelaburan ekonomi, pelancongan, pertanian dan industri perdagangan bagi memajukan ekonomi kedua negara, khususnya di negeri Sabah.

Turut hadir Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian, YB Tuan Ahzar Matussin, Setiausaha Tetap Kementerian Tuan Madiyem Layapan, Timbalan Setiausaha Tetap serta para pegawai Pejabat Menteri dan Kementerian.

Rombongan dari Konsul terdiri dari Hendro Retro Wulan selaku Konsul Fungsi Ekonomi, Sartono Hendrarso dan Muhd. Widodo. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan