Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

688,766 warga asing diberi kerakyatan

zahid
IMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menganugerahkan sijil kewarganegaraan kepada 688,766 warga asing sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga 31 Januari lalu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata daripada jumlah itu, tiga warga negara asal paling ramai diberi kerakyatan ialah China iaitu 69,904 orang; diikuti Indonesia (38,024) dan India (19,301).

Beliau berkata, warga Malaysia yang dilucut kerakyatan bagi tempoh sama ialah 10,828 orang.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan warga asing diberi kerakyatan mengikut negara asal sejak negara merdeka. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan