Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

676 GRADUAN TERIMA DIPLOMA PADA MAJLIS KONVOKESYEN PKK KE-19

Roslee dan rombongannya turut merakam kenangan bersama Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah- foto Jabatan Penerangan
Roslee dan rombongannya turut merakam kenangan bersama Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah- foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALUSeramai 676 graduan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bakal menerima diploma dalam Majlis Konvokesyen kali ke-19 pada 15 Ogos dan 16 Ogos depan.

Pengarah PKK, Roslee Yahya berkata Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah R.M Jasni berkenan hadir untuk menyampaikan diploma kepada para graduan dalam majlis konvokesyen tersebut.

“Dalam pada itu, PKK turut mengadakan Hari Terbuka sepanjang majlis konvokesyen berlangsung iaitu bermula pada 14 Ogos.

Majlis tersebut akan dimeriahkan dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti gerai-gerai, pameran dan pertandingan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Juhar di Istana Negeri, pagi tadi.

Terdahulu, Tun Juhar berkenan menerima hasil persembahan hasil kek-kek terdiri pelbagai bentuk kreatif daripada 12 buah hotel-hotel terkemuka di Kota Kinabalu.

Antara hotel-hotel yang terlibat pada majlis tersebut adalah Hotel Sutera Harbour, Hotel Shangri-La’s, Hotel Grandis, Hotel Ming Garden, Nexus Karambunai dan Hotel Promenade.

Pada akhir majlis tersebut, Tun Juhar menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam usaha menghasilkan kek yang menarik sempena Hari Raya Aidilfitri 2015.

Beliau berkata kek-kek tersebut akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan seperti rumah kanak-kanak dan rumah warga emas.- Penerangan

Komen


Berita Berkaitan