Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

672 paket sosej cuba diseludup ke Nunukan, Indonesia

Anggota marin menunjukkan 672 peket sosej yang berjaya dirampas. - foto ihsan Polis Marin
Anggota marin menunjukkan 672 peket sosej yang berjaya dirampas. – foto ihsan Polis Marin

TAWAU – Bukan hanya petrol dan gas yang cuba diseludup keluar dari negeri ini, tetapi juga barangan makanan seperti sosej turut sama menjadi bahan seludup oleh pihak tidak bertanggungawab.

Buktinya, dalam Ops Paradise, semalam, pasukan polis marin di sini merampas sebanyak 672 paket sosej jenama Frankfurter 300 gram yang cuba diseludup ke negara jiran menggunakan feri penumpang.

Komander Polis Marin Wilayah Sabah, Asisten Komisioner, Mohamad Madun berkata,  sepasukan anggota telah memeriksa sebuah feri penumpang, pada pukul 4.10 petang yang bergerak dari Pelabuhan Tawau menuju ke Nunukan, Indonesia.

Berdasarkan hasil pemeriksaan lanjut, polis marin telah menemui sebanyak 21 kotak mengandungi peket sosej jenama Frankfurter 300 gram di bahagian ruang kargo feri berkenaan.

“Kapten feri gagal menunjukkan dokumen sah barangan tersebut dan tiada penumpang feri yang mengaku sebagai pemilik barangan tersebut. Kesemua peket sosej berkenaan dirampas dan dibawa ke Pangkalan Polis Marin untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (e ) 1967 Akta Kastam dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM5,376,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata, ketirisan dan penyeludupan barangan ke luar negara tanpa dokumen dan permit yang sah boleh menyebabkan kerugian kepada negara dari segi cukai dan kekurangan bekalan sekiranya tidak dikawal. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan