Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

67 unit PPR Kampung Selagon siap Jun ini

Azizah Mohd. Dun (tengah) sedang berkata sesuatu kepada pemaju ketika melakukan lawatan meninjau PPR Kampung Selagon. - foto Aryan De Vera
Azizah Mohd. Dun (tengah) sedang berkata sesuatu kepada pemaju ketika melakukan lawatan meninjau PPR Kampung Selagon. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Pemaju Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Selagon memberi jaminan untuk menyiapkan 67 unit rumah dalam tempoh tiga bulan setelah hampir tujuh tahun pembinaannya tergendala ekoran beberapa masalah tidak dapat dielakkan.

Sebelum ini, projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dilancarkan pada 2007 dengan kos RM23 juta itu pada mulanya dicadangkan ialah sebanyak 300 unit.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, pemaju telah memberi jaminan bahawa projek PPR tersebut akan disiapkan sepenuhnya pada Jun ini dan kini ia sudah menjangkau 80 peratus siap.

“Saya percaya tempoh tiga bulan yang diberikan sehingga Jun akan dapat dilaksanakan oleh pemaju, sekaligus dapat memenuhi keperluan penduduk layak yang sekian lama menunggu untuk menduduki rumah PPR ini,” katanya ketika ditemui selepas lawatan ke tapak PPR Kampung Selagon, di sini semalam.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, hasil perbincangan pihaknya dengan kementerian terbabit, pembinaan 300 unit rumah itu akan direalisasikan dalam masa terdekat bagi memenuhi kuota ditetapkan.

Dalam pada itu katanya, 67 unit rumah PPR Kampung Selagon yang dimajukan di atas kawasan seluas empat hektar itu akan turut dilengkapi beberapa kemudahan seperti dewan, surau, bangunan kedai dan taman rekreasi.

Katanya, setiap rumah PPR yang berkeluasan 763 kaki persegi ini juga dilengkapi tiga buah bilik utama, termasuk masing-masing sebuah dapur dan tandas. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan