Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

67 cawangan PBS Tambunan terima bantuan

Pairin Kitingan (tengah) bersalaman dengan ahli-ahli pergerakan Pemuda PBS sebaik tiba di kompleks sukan Tambunan.
Pairin Kitingan (tengah) bersalaman dengan ahli-ahli pergerakan Pemuda PBS sebaik tiba di kompleks sukan Tambunan.

TAMBUNAN – Sebanyak 67 cawangan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) di daerah ini menerima bantuan berupa peralatan sukan daripada Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Majlis penyerahan bantuan peralatan itu telah diadakan kompleks sukan di sini sempena program Santai Belia Bersama Artis Tempatan Sabah anjuran Pemuda PBS Cawangan Tambunan.

Ketuanya, Rocky Jerome memberitahu, bahawa program itu bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli-ahli pergerakan itu, belia Tambunan dan artis Sabah dengan para pemimpin tempatan dari daerah ini.

Pairin Kitingan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Kelab Motosikal Tambunan. - foto Kalawon Sawing
Pairin Kitingan (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Kelab Motosikal Tambunan. – foto Kalawon Sawing

“Kita berharap sumbangan itu dapat menyuntik semangat sukan di daerah ini agar terus maju terutama dalam kalangan belia-belia yang mempunyai bakat dan potensi tinggi untuk maju lebih jauh dalam bidang ini,” katanya.

Dalam program itu, Pairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan turut menyampaikan sumbangan bantuan berupa wang tunai kepada badan amal dan kelab-kelab di daerah itu manakala Rumah Kanak-Kanak Bondulu Toboh menerima sumbangan berjumlah RM11,000 hasil kutipan daripada orang ramai.

Turut menerima sumbangan bantuan dana daripada Pemuda PBS adalah Kelab Zumba Fitness Tambunan, Kelab Memancing Tambunan dan Kelab Motorcycle Tambunan yang masing-masing menerima RM500 setiap satu. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan