Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

667 Pelajar Lanjutkan Pengajian Pascasiswazah di UMS  

E-Register memudahkan proses pendaftaran.

 

KOTA KINABALU: Seramai 667 pelajar menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Daripada jumlah tersebut, 331 pelajar mengikuti pengajian secara penyelidikan iaitu masing-masing 127 orang bagi peringkat Sarjana dan 204 bagi peringkat Doktor Falsafah.

Jumlah selebihnya iaitu 336 orang pula ditawarkan pengajian secara Kerja Kursus menerusi Pusat Luar UMS (PLUMS).

Proses pendaftaran telah berlangsung pada Sabtu (11 Ogos 2018) di Kompleks Dewan Kuliah Pusat UMS yang turut menyaksikan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Hj Mail untuk beramah mesra dengan para pelajar.

Katanya, para pelajar akan mengikuti Kursus Penyelidikan Metodologi selama seminggu yang diadakan di Auditorium dan Bilik Seminar Pascasiswazah bermula 13 Ogos 2018 sehingga 17 Ogos 2018.

“Menerusi kursus penyelidikan ini para pelajar akan diperkenalkan dengan sistem pengajian pascasiswazah di UMS.

“Para pelajar juga berpeluang untuk mengikuti sesi ceramah berkaitan dengan beberapa asas teknik penyelidikan yang sangat penting untuk memastikan mereka dapat mengikuti pengajian dengan baik.

“Pada minggu seterusnya para pelajar akan mengikuti sesi suai kenal dengan fakulti dan pusat penyelidikan masing-masing,” jelas Prof. Dr. Rasid. /SayangSabah

Seorang pelajar Indonesia yang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah Fakulti Perniagaan, Ekonomi da Perakaunan bergambar bersama Prof. Dr. Rasid dan Timbalan Dekan (Kebajikan Pelajar) Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS, Dr. Jakaria Dasan.

Komen


Berita Berkaitan