Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,703

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

66 PATI Ditahan Dalam Op Gasak 5 Di Lahad Datu

12:01am 25/05/2016 Pak Roshan 2552 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

LAHAD DATU : Sebanyak 66 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Gasak 5 yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di tiga perkampungan setinggan di sini, hari ini.

Kawasan terlibat ialah Kampung Unta, Kampung Pisang dan Kampung Bugis.

Komander ESSCom DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata operasi bermula 3 pagi dan berakhir 12 tengah hari itu memberi tumpuan terhadap perkampungan setinggan pinggir bandar yang disyaki menjadi tempat persembunyian PATI.

Katanya, dalam operasi berkenaan sebanyak 800 orang diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 66 orang disyaki PATI telah ditahan dan dibawa ke Pusat Pengumpulan Sementara Ibu Pejabat Polis daerah untuk proses dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

“Mereka yang ditahan berumur di antara tiga hingga 60 tahun kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah atau memiliki dokumen perjalanan yang meragukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi berkenaan diketuai oleh Ketua Staf Siasatan Khas dan Teknikal SAC Awang Besar Dullah dengan dibantu oleh Timbalan Ketua Staf Pusat Operasi ESSCom Kol Nahar Abdul Rahman.

Beliau berkata ESSCom akan sentiasa melaksanakan pelbagai operasi bagi mengempur tempat persembunyian PATI bagi memastikan negara ini khususnya Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) bebas daripada PATI.

Wan Abdul Bari berkata selain ESSCom, operasi ini turut disertai oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Gerakan Am.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan