Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

656,748 jemaah sudah tiba

SUASANA di Masjidilharam, kelmarin. - Brunei Islam
SUASANA di Masjidilharam, kelmarin. – Brunei Islam

Jeddah: Seramai 656,748 jemaah haji dari pelbagai negara sudah berada di Tanah Suci Jumaat lalu, untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Menurut angka yang dikeluarkan Jabatan Pasport Saudi, 641,896 jemaah tiba dengan pesawat, 7,748 melalui jalan darat dan 7,104 lagi dengan kapal.

Kemuncak musim haji tahun ini ialah pada 10 September depan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Saudi memberi amaran kepada warga asing yang bermastautin di negara itu dan juga rakyat tempatan supaya tidak melakukan ibadah haji tanpa permit yang sah.

“Warga asing yang ditangkap berbuat demikian akan diusir. Mereka juga akan diharamkan memasuki Saudi selama 10 tahun selepas didenda dan dipenjara,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

Jemaah tanpa dokumen sah menjadi penghalang utama ketika musim haji kerana mereka mendirikan khemah di tengah jalan raya, menyukarkan pergerakaan jemaah, khususnya di Mina.

Notis berbunyi ‘Tiada permit, tiada haji’ diletakkan di beberapa bandar utama negara itu sebagai peringatan kepada orang ramai. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan