Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,786

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

65 askar belot

9:32am 15/11/2015 Pak Roshan 15 views Global
SEKUMPULAN askar Afghanistan berkawal di satu lokasi di Kabul baru-baru ini.

SEKUMPULAN askar Afghanistan berkawal di satu lokasi di Kabul baru-baru ini.

Lashkar Gah, Afghanistan: Sekurang-kurangnya 65 askar Afghanistan berpaling tadah dan menyertai Taliban dengan membawa senjata dan peralatan ketenteraan bersama, kata pegawai semalam.

“Askar dari satu briged tentera Afghanistan yang ditempatkan di kawasan ini telah menyertai Taliban.

“Askar itu turut membawa peralatan ketenteraan dan senjata bersama mereka,” kata Gabenor Helmand, Mirza Khan Rahimi semalam.

Menurutnya, satu pasukan dihantar ke bandar Sangin untuk menyiasat kejadian berkenaan.

Jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi dalam satu kenyataan memberitahu, lima komander dan 65 askar ‘bertaubat’ selepas menyedari kesalahan mereka dan menyerah diri kepada kumpulan itu.

Katanya, askar itu membawa lima kenderaan berperisai, senjata dan peluru ketika menyerah diri.

Sementara itu, pertempuran sengit di wilayah Helmand sejak beberapa hari lalu menyebabkan 88 askar Afghanistan terkorban.

Kehilangan nyawa yang besar itu menunjukkan kesukaran dihadapi tentera Afghanistan selepas terpaksa bertempur tanpa bantuan tentera asing yang berundur dari negara berkenaan tahun lalu.

Sejak tiga minggu lalu, anggota polis dan tentera bertempur di daerah Lashkar Gah, Marjah dan Nadali yang terletak di Helmand, antara kubu kuat Taliban.

Tentera kerajaan sehingga kini berjaya menghalang usaha Taliban untuk menawan ibu kota Lashkar Gah.

Bagaimanapun, kumpulan berkenaan masih bertahan di beberapa kawasan di sekitar bandar itu.

Sejak kejatuhan Kundu\, bandar penting di utara Afghanistan pada September lalu, Presiden Ashraf Ghani terus tertekan dalam usaha menangani situasi keselamatan yang semakin buruk di negara itu.- Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan