Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

641 PTI Filipina dihantar pulang

pti filipina

SANDAKAN: Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan menghantar pulang seramai 641 Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) warganegara Filipina dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga.

Pengarahnya Rodzi Md Saad berkata program pengusiran itu adalah yang terbesar dilaksanakan pihaknya melibatkan 293 lelaki, 188 wanita dan 160 kanak-kanak berusia di antara 1 bulan hingga 75 tahun.

PTI yang diusir ini akan menaiki feri dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina.

Kesemua mereka ditahan mengikut Akta Imigreseb 1959/1963 (Pindaan 2002) dalam operasi berterusan agensi penguatkuasa Malaysia.

Seramai 433 PTI yang dihantar pulang kelmarin adalah tahan daripada PTS Sibuga manakala bakinya dari PTS Papar.

Komen


Berita Berkaitan