Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

63,000 penerima nikmati pinjaman AIM berjumlah RM1 billion

Musa Aman (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama rombongan AIM di Sri Gaya, Kota Kinabalu. - foto JKM
Musa Aman (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama rombongan AIM di Sri Gaya, Kota Kinabalu. – foto JKM

KOTA KINABALU – Inisiatif dan usaha Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah membuat pinjaman permodalan perniagaan wajar diteruskan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pinjaman modal kewangan yang disediakan oleh AIM  akan memudahkan rakyat berpendapatan rendah di luar bandar yang mahu berkecimpung dalam perniagaan.

“Dalam masa sama, kita juga harapkan agar para penerima dapat menjelaskan pembayaran pinjaman yang dibuat tepat pada waktunya bagi membolehkan ramai lagi berpeluang nikmati pinjaman daripada AIM,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat rombongan AIM, diketuai Pengerusinya, Dr. Zubir Harun, di kediaman rasmi Ketua Menteri, di Sri Gaya, Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Sementara itu, Zubir berkata, AIM bakal menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pinjaman kemudahan pada 2016.

Katanya, setakat ini AIM telah memberikan pinjaman berjumlah RM1 billion kepada seramai 63,000 peminjam seluruh negara. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan