Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

630 Warga Filipina Dihantar Pulang Hari Ini – MKN Sabah

pati-sayangsabah1-600x366

SANDAKAN : Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah hari menghantar pulang sejumlah 630 pendatang tanpa izin (PATI) warganegara Filipina ke negara asal mereka dari Pusat Tahanan Sementara di Sibuga di sini.

Timbalan Setiausaha MKN Sabah, Sitti Saleha Habib Yussof berkata kesemua PATI berusia antara satu dan 60 tahun itu dihantar ke Zamboanga, Filipina, melalui feri dari Pelabuhan Sandakan pada pukul 7 malam ini.

“Usaha penghantaran PATI akan diteruskan bagi memastikan Sabah bebas daripada msalah kebanjiran PATI,” katanya pada sidang media di pusat tahanan berkenaan di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, sejumlah 177 PATI ditahan di sini dalam operasi bersepadu dua hari yang berakhir hari ini.

Menurutnya sejumlah 524 orang yang disyaki sebagai pendatanbg telah diperiksa dalam operasi yang disertai oleh Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Ketua Menteri.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan