Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

630 Saman Dikeluarkan Dalam Op Selamat Di Labuan

gambar hiasan
gambar hiasan

LABUAN – Polis Labuan mengeluarkan 630 saman kepada pesalah trafik sepanjang 15 hari Op Selamat diadakan sempena Tahun Baharu Cina yang berakhir Isnin lepas.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata antara kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya termasuk cukai jalan tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

Beliau turut mengingatkan pesalah trafik agar menjelaskan tunggakan saman dengan segera atau bakal dikenakan waran tangkap untuk dihadapkan ke mahkamah.

Adzhar berkata sejumlah 31 kemalangan jalan raya turut direkodkan dalam operasi selama dua minggu itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan