Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

63 pemandu disaman

SAMAN.. Seorang penunggang motorsikal dikenakan saman oleh Polis Trafik atas kesalahan lalulintas.
SAMAN.. Seorang penunggang motorsikal dikenakan saman oleh Polis Trafik atas kesalahan lalulintas.

KOTA KINABALU – Polis Trafik mengeluarkan sebanyak 63 saman terhadap pengguna jalanraya atas pelbagai kesalahan lalulintas dalam dua sekatan jalanraya, di sini semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 40 saman Pol 257 manakala 23 lagi merupakan saman Pol 170A.

Sekatan jalanraya yang bermula jam 9.00 malam Jumaat hingga 5.00 pagi Sabtu di Jalan Lintas dan Jalan Coastal itu melibatkan empat orang pegawai, 19 anggota Trafik dan dibantu oleh 10 anggota sukarelawan polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata sebanyak 39 buah kenderaan termasuk 10 motorsikal telah diperiksa secara teliti dalam Op Roda, Mabuk dan Samseng Jalanan itu.

“Seramai 39 pemandu lain turut diarah menjalani pemeriksaan ujian alkohol yang menyaksikan 12 orang ditahan selepas didapati positif,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan.

“Manakala, seorang lelaki diarah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah mengikut Seksyen 45C Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga telah mengenalpasti lokasi yang sering dijadikan tempat berjumpa oleh kalangan pemilik kenderaan yang diubai suai.

“Lokasi tersebut akan teus menjadi tumpuan pihak berkuasa pada setiap operasi bersepadu yang dijalankan dari masa ke semasa,” tambah beliau.

Sementara itu, beliau juga berkata, aktiviti samseng jalanan di daerah ini semakin berkurangan dan terkawal hasil daripada program ‘Aggresive Policing’ yang dijalankan oleh Ibupejabat Polis Daerah.
– Oleh: NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

SEKATAN JALANRAYA... Operasi untuk mengesan pesalah lalulintas akan diteruskan dari masa ke semasa.
SEKATAN JALANRAYA… Operasi untuk mengesan pesalah lalulintas akan diteruskan dari masa ke semasa.

Komen


Berita Berkaitan