Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

62.2 peratus pelajar JPSM berjaya mendapatkan perkerjaan- Hamisa

11:25am 23/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 0 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU- Sebanyak 62.2 peratus pelajar Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) berjaya memperolehi pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata lepasan pelajar JPSM mendapatkan pekerjaan di sektor perhotelan, perladangan, bekerja di bidang kemahiran mereka malah bekerja sendiri.

” Manakala 11.8 peratus pula telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika menjawab soalan Adun Sekong berkenaan status pengangguran di Negeri Sabah.

Menurut Hamisa, Sabah Job Centre melaksanakan beberapa program sepanjang tahun. Diantaranya ialah Sabah Job Portal dan Program Memperkasa Modal Insan.

Katanya, seramai 271 daripada 7,728 orang belia yang berdaftar melalui Sabah Job Portal telah berjaya mendapat pekerjaan.

Manakala, katanya, seramai 35.1 peratus daripada 3,989 belia dan beliawanis yang berdaftar di bawah Program memperkasa Modal Insan di beberapa buah daerah pada tahun 2015 dan 2016 di Papar, Sipitang, Keningau, Kudat, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu telah ditawarkan pekerjaan.

” Untuk makluman pencari pekerjaan yang berdaftar di Sabah Job Centre akan memohon jawatan kosong secara terus kepada majikan yang mengiklankannya.

” Meskipun majikan telah diminta untuk memaklumkan Sabah Job Centre sekiranya mereka mengambil pemohon daripada Sabah Job Centre tetapi berlaku juga kes- kes dimana mereka tidak memaklumkan pengambilan pemohon tersebut,” jelasnya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan