Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

6,000 Dijangka Kunjungi Sabah Fest 2016

7:09pm 01/05/2016 Pak Roshan 499 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

sabah-fest

KOTA KINABALU : Pesta Sabah tahun ini, Sabah Fest 2016, dijangka menarik antara 5,000 dan 6,000 pengunjung, kata penganjurnya, Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd.

Pengurus besar Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd Sitti B. Damsal berkata beliau menganggarkan kira-kira 400 tiket bagi acara teater muzikal pesta itu, yang bertajuk, ‘Gulu Gulu – A Tribute to the Past’ akan dijual sepanjang tiga hari pesta berkenaan diadakan.

“Kami menerima banyak penonton yang datang secara terus, terutama pelawat asing, ke ‘Gulu Gulu’ dan mendengar agak banyak komen positif tentang persembahan itu. Sudah tentu orang ramai ingin tahu lebih banyak tentang legenda dan sejarah Sabah,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

“Sabah Fest 2016: A Celebration of Sabah’s Natural Charms”, membuka tirainya pada Jumaat dengan persembahan teater muzikal dan tarian mengenai pahlawan legenda, Mat Salleh, yang menentang pemerintahan British North Borneo Chartered Company di Sabah dari 1894 hingga 1900.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin merasmikan pembukaan festival penuh warna-warni ini di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kebangsaan Sabah pada petang Sabtu.

Sitti berkata pesta tahun ini berbeza daripada edisi sebelumnya kerana ia menampilkan seorang tokoh sejarah sebenar serta dugaan dan kesengsaraan yang dialaminya sebagai tema persembahan muzikal utama.

“Kami mahu menonjolkan perjuangan Mat Salleh serta mempamerkan kepentingan budaya dalam kisahnya; ini merupakan peluang bagi rakyat tempatan untuk keluar dan mempelajari lebih banyak tentang sejarah negeri ini,” katanya.

Pesta ini juga menghidangkan pameran mengenai produk kraf dan makanan tradisional, persembahan tarian budaya, pertunjukan batik dan pakaian etnik kontemporari, aktiviti berkaitan sumpit masyarakat Murut dan pameran mengenai Mat Salleh.

Pesta itu berakhir hari ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan