Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

60 rekrut polis terbunuh

9:38am 27/10/2016 Pak Roshan 0 views Global
SEBAHAGIAN mayat kadet polis diletakkan di sebuah hospital di Quetta untuk urusan pengebumian. - EPA

SEBAHAGIAN mayat kadet polis diletakkan di sebuah hospital di Quetta untuk urusan pengebumian. – EPA

Quetta: Sekumpulan militan menyerang sebuah akademi polis di sini, membunuh sekurang-kurangnya 61 orang dan menyebabkan puluhan lagi cedera, serangan pelampau antara paling buruk di Pakistan tahun ini.

Tiga lelaki anggota kumpulan yang ada hubungan dengan Taliban negara itu menyerang akademi berkenaan, menyasarkan kuarters yang menjadi kediaman kira-kira 700 rekrut.

Ia menyebabkan pelatih muda terbabit bertempiaran lari dalam ketakutan.

“Saya melihat tiga lelaki berceloreng membawa Kalahsnikov. Mereka melepaskan tembakan dan memasuki asrama. Saya dapat menyelamatkan diri dengan memanjat tembok,” kata seorang pelatih.

Serangan terhadap Kolej Polis Baluchistan, kira-kira 20 kilometer dari Quetta, ibu negeri wilayah itu, berlaku kira-kira jam 11.10 malam (2.10 pagi Selasa waktu Malaysia).

Tembak-menembak dilapor berlaku selama beberapa jam.

Menteri Dalam Negeri Baluchistan, Sarfariz Bugti mengesahkan keganasan itu dilakukan tiga orang.

“Mereka mulanya menyerang menara tinjau. Selepas berbalas tembak dan membunuh petugas, penyerang itu memasuki kawasan akademi,” katanya.

Jurucakap kerajaan wilayah, Anwarullah Kakar berkata, 61 orang terbunuh dalam serangan itu dan 118 cedera, kebanyakannya mengalami luka ringan.

Keadaan keselamatan di luar akademi itu ditingkatkan pagi semalam dengan media dilarang memasukinya.

Ketua pasukan keselamatan yang mengetuai operasi tindak balas, Mejar Jeneral Sher Afgan berkata, serangan itu berakhir tiga jam selepas pasukannya tiba.

Menurutnya, komunikasi yang dipintas menunjukkan militan itu anggota kumpulan Al-Alimi, sebahagian daripada kumpulan Lashkar-e-Jhangvi yang ada hubungan dengan Taliban Pakistan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan