Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

60 peserta rebut kejuaraan Regatta Terbuka Tentera Laut

Jainab menekan 'Horn' sebagai simbolik melancarkan Kejohanan Regatta Terbuka Tentera Laut ke-5
Jainab menekan ‘Horn’ sebagai simbolik melancarkan Kejohanan Regatta Terbuka Tentera Laut ke-5

SEPANGGAR – Seramai 60 orang peserta berumur antara lima hingga 15 tahun, menyertai cabaran perahu layar Kejohanan Regatta Terbuka Tentera Laut ke-5, di sini hari ini.

Kesemua peserta dari lima persatuan pelayaran itu akan bersaing dalam tiga kategori iaitu Optimist, Int 470 dan Laser pada kejohanan yang bermula 3 hingga 5 April itu.

Antara persatuan yang menyertai kejohanan selama tiga hari itu ialah Persatuan Pelayaran Sabah, Persatuan Pelayaran TLDM, Kinabalu Yacht Club, Sandakan Yacht Club dan Navy Yacht Club.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelayaran Sabah (PPS), Christoper Chin Soo Yin berkata, tujuan utama kejohanan itu dianjurkan adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam acara sukan air itu di samping dapat menarik minat orang ramai.

“Selain itu, kejohanan itu juga sebagai menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan sukan pelayaran di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis ringkas pelancaran kejohanan itu di Bangunan Persatuan Pelayaran TLDM di sini hari ini.

Majlis pelancaran kejohanan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Christopher berkata, kejohanan itu sekaligus mampu meningkatkan lagi kerjasama antara TLDM, kerajaan negeri dan persatuan pelayaran berkaitan sukan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut, pelbagai acara sampingan turut diadakan antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, karaoke, memancing, perlumbaan Perahu Naga dan juga demontrasi memanah.- Oleh DEWIANA TINGGOLONGON / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan