Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

60 penyeludup iPhone 7 ditangkap

9:59am 22/09/2016 Pak Roshan 16 views Global
SEORANG lelaki yang ditahan dengan telefon itu di sekeliling pinggangnya.

SEORANG lelaki yang ditahan dengan telefon itu di sekeliling pinggangnya.

Beijing: Penyeludup di China mencuba nasib menyeludup sekurang-kurangnya 400 iPhone 7s baru dari Hong Kong pada hari pertama ia dijual di negara itu.

Akhbar People’s Daily melaporkan, pegawai kastam di Shenzhen menangkap lebih 60 orang yang cuba menyeludup telefon pintar terbaru Apple itu dari Hong Kong, Jumaat lalu, pada hari ia mula dijual kepada orang ramai.

Peralatan elektronik, terutama iPhone, selalunya lebih mahal di tanah besar China berbanding Hong Kong. Bagi mengehadkan penyeludupan, pihak berkuasa mengenakan syarat ketat dengan seorang hanya boleh membawa satu iPhone ketika menyeberang sempadan sementara telefon kedua dikenakan cukai 15 peratus.

Menjelang tengah hari Jumaat lalu, penyeludup pertama ditangkap membawa lima telefon pintar.

Pada petang sama, sekumpulan 10 penyeludup pula ditangkap dengan 44 iPhone 7 yang diikat pada pinggang serta buku lali mereka.

Secara keseluruhan, kastam Shenzhen menganggarkan nilai telefon yang dirampas pada hari pertama berjumlah 3 juta yuan (RM1.9 juta).

Semuanya akan dilelong dalam bidaan awam dengan kerajaan mengambil hasil jualannya.

Walaupun dilaporkan kurang mendapat sambutan, pesanan awal atas talian iPhone 7 dan iPhone 7 Plus laris di China serta Hong Kong selepas mula dijual 9 September lalu.

Menjelang 16 September, pelanggan beratur di kedai Apple di seluruh China untuk mengambil telefon baru mereka. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan