Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

60 peniaga ‘online’ sertai Raya Baazar di Suria Sabah

IMG_20150707_233134

KOTA KINABALU: Terdapat sebilangan peniaga ‘online‘  khususnya di laman sosial Facebook tidak pernah berjumpa sendiri dengan pelanggan masing-masing dan lebih selesa menjalankan urusniaga sama ada melalui telefon mahupun aplikasi sosial Whatsapp selain menggunakan khidmat pos untuk menghantar barangan yang telah dibeli oleh pelanggan masing-masing.

Cara urusniaga yang disifatkan sebagai ‘kurang selamat’ itu telah menyebabkan segelintir peniaga mahupun pengguna mengambil sikap berhati-hati kerana bimbang ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, situasi yang menimbulkan keraguan itu kini dapat dikurangkan apabila  60 orang peniaga ‘online‘ akan menyertai program Raya Bazaar yang diadakan di Suria Sabah pada 10 hingga 12 Julai ini.

Program bazaar yang dianjurkan oleh KK Legasi yang mula dibuka kepada pengunjung bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu, secara tidak langsung memberi peluang kepada peniaga dan pelanggan mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain sekaligus mengeratkan silaturahim.

“Bazaar ini diadakan  bertujuan membuka ruang kepada peniaga untuk berjumpa dengan pelanggan masing-masing yang selama hanya berhubung melalui telefon, email atau sosial media,” kata pengerusi penganjur, Irwan Iswandy di sini hari ini.

Menurutnya, pelbagai barangan seperti kosmetik, pakaian, barangan perhiasan dan sebagainya boleh didapati dengan tawaran harga menarik dan berpatutan yang dijual oleh para peniaga yang terdiri daripada kaum wanita suri rumah, berkerjaya dan juga pelajar institusi pengajian tinggi.  – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan