Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

60 orang pemimpin UMNO Putatan sertai Program Membara 2016- Dialog Transformasi Minda

5:30pm 19/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 7 views Politik,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
 Yahya (bersongkok) menyampaikan sijil kepada wakil peserta Haji Othman Hamid sambil diperhatikan oleh Armizan (dua dari kanan), Ir.Shahelmey (tiga dari kanan), Juliah (tiga dari kiri) dan Ishar (dua dari kiri) di majlis itu.

Yahya (bersongkok) menyampaikan sijil kepada wakil peserta Haji Othman Hamid sambil diperhatikan oleh Armizan (dua dari kanan), Ir.Shahelmey (tiga dari kanan), Juliah (tiga dari kiri) dan Ishar (dua dari kiri) di majlis itu.

PUTATAN- Seramai 60 orang pemimpin UMNO Bahagian Putatan telah menyertai Program Membara 2016- Dialog Transformasi Minda anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian Putatan yang diadakan di Putatan Platinum Hotel, dekat sini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata para pemimpin UMNO di akar umbi perlu terus memantapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Pemimpin UMNO di peringkat akar umbi perlu memberikan penerangan dan penjelasan yang sejelas-jelasnya terhadap sesuatu isu yang timbul bagi menangkis sebarang tomahan daripada parti pembangkang.

“Ini penting agar rakyat tidak dikelirukan oleh pihak pembangkang yang menjajah janji-janji kosong untuk mendapatkan sokongan rakyat”, tegasnya.

Selain itu, terdapat tiga orang tokoh turut hadir bagi menjayakan sisi ceramah yang diadakan. Mereka ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Encik Ishar Ramli, Pengarah Biro Tatanegara Negeri Sabah, Dato’ Armizan Mohd.Ali dan Pegawai Penerangan Cawangan Komunikasi Strategi, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Puan Dg Norsuria Salleh.

Selain ceramah, sessi dialog dan soal jawab turut diadakan diantara peserta dengan penceramah.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan, Puan Juliah Palasin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putatan, Ir.Shahelmey Yahya, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian, Cik Daliah Mohd.Zain dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Haji Othman Hamid. -SayangSabah

 

 

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan