Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

6 warga asing ditahan SOSMA disyaki salur maklumat kepada penjenayah

7:37pm 13/02/2016 Pak Roshan 12745 views Jenayah,Mutakhir
PASUKAN keselamatan menjalankan pemeriksaan di beberapa di kawasan penempatan pelarian Filipina di Telipok, Kota Kinabalu.

PASUKAN keselamatan menjalankan pemeriksaan di beberapa di kawasan penempatan pelarian Filipina di Telipok, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan menahan enam individu termasuk seorang wanita mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam operasi khas di penempatan pelarian Filipina dan setinggan di Telipok, dekat sini, hari ini.

Semua suspek warga asing berusia 19 hingga 50 tahun itu disyaki aktif dalam menyalurkan maklumat dan memberi bantuan kepada penjenayah asing di Sabah.

Mereka adalah antara 520 individu ditahan dalam operasi khas membabitkan lebih 1,000 anggota polis dan tentera yang dikerah ke penempatan terbabit menerusi operasi khas berkenaan, bermula jam 1 pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata siasatan lanjut kini dijalankan bagi mengenal pasti sama ada enam suspek terbabit ada kaitan dengan kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) yang bergiat aktif di pantai timur negeri ini.

“Susulan maklumat diterima serta risikan yang dijalankan, operasi ini dilancarkan bagi mengesan seterusnya menahan dalang yang memberi maklumat serta bantuan kepada penjenayah asing.

“Enam individu terbabit ditahan di beberapa rumah di penempatan itu dengan ada antara mereka mempunyai pertalian keluarga, selain ada juga memiliki dokumen sah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, sebentar tadi.

Abd Rashid bagaimanapun menafikan kononnya pasukan keselamatan ada merampas senjata api di penempatan berkenaan seperti tersebar di media sosial.

Secara keseluruhan, katanya, pemeriksaan dilakukan terhadap 1,537 rumah membabitkan 4,794 diperiksa dengan 520 daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut.

“Polis minta masyarakat terus memberi maklumat kepada pasukan keselamatan agar keamanan negara terus terjamin. Pada masa sama, rakyat jangan dengar khabar angin hingga menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai,” katanya. – BH Online
telpok01.transformed

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan