Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

6 tahun atas katil

10:34am 18/11/2016 Pak Roshan 10 views Global
 SELAMA enam tahun Franco hanya terbaring di atas katil kerana terlalu gemuk untuk berdiri dan berjalan. - Agensi

SELAMA enam tahun Franco hanya terbaring di atas katil kerana terlalu gemuk untuk berdiri dan berjalan. – Agensi

Guadalajara, Mexico: Seorang lelaki yang dipercayai paling gemuk di dunia kini dipindahkan ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya selepas berat badannya terus meningkat.

Juan Pedro Franco, 32, memiliki berat mencecah 448 kilogram (kg) dan keadaan itu menyebabkan dia tidak boleh berdiri.

Berat badan yang melampau mengakibatkan Franco tidak mampu berjalan atau berdiri dan sejak enam tahun lalu dia hanya terbaring di atas katil di rumahnya di sini.

Franco baru-baru ini akhirnya bersetuju pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas doktor memberi amaran keadaannya itu boleh membawa maut.

Lelaki itu diberi oksigen sebelum petugas hospital berusaha mengangkatnya dari katil dan membawanya menaiki ambulans khas. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan