Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

6 pesalah dihukum sebat

SEORANG wanita menangis ketika dihukum sebat atas kesalahan berkhalwat.
SEORANG wanita menangis ketika dihukum sebat atas kesalahan berkhalwat.

Banda Aceh: Tiga tertuduh yang didapati bersalah berkhalwat dan berjudi dihukum sebat di khalayak ramai di pekarangan masjid di Banda Aceh kelmarin.

Aceh yang menguatkuasakan undang-undang Syariah menghukum sebat pasangan kekasih yang didapati bersalah berkhalwat.

Empat lagi lelaki pula dihukum sebat kerana berjudi.

Ratusan penduduk berkumpul di pekarangan Masjid Baiturrahim di sini untuk menyaksikan hukuman itu yang turut dihadiri timbalan datuk bandar Banda Aceh, Zainal Arifin.

Semua pesalah dihukum sebat sebanyak lima kali.

Selepas hukuman dilaksanakan, Zainal memberitahu hukuman berkenaan adalah satu pengajaran untuk orang ramai.

“Anggaplah hukuman ini satu pengajaran kepada kita semua.

“Kesalahan yang dilakukan pesalah ini tidak boleh dijadikan contoh dan perlu dijauhi.

“Saya berharap pelaksanaan hukuman sebat di daerah Meuraxa ini adalah yang terakhir,” katanya.

Aceh satu-satunya wilayah menguatkuasakan undang-undang Islam pada 2003 selepas diberi kuasa autonomi oleh Jakarta. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan