Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

6 Perkara Harian Yang Menyebabkan Hati Menjadi Kotor

5:02pm 24/02/2016 Zakir Sayang Sabah 433 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

#1 Selalu terlibat dengan maksiat yang dirasakan ‘ringan‘, seperti melihat gambar lucah dalam WhatsApp, melihat awek dalam Facebook, share sesuatu yang tak pasti sehingga menjadi fitnah di Twitter, WeChat keburukan rakan sehingga terjadinya mengumpat tanpa disedari, dan sebagainya.

#2 Meng-open-kan maksiat ‘berat‘ seperti menjadi rakan yang supporting bila senyum tengok rakan bawa awek naik motor, membenarkan anak perempuan bawa balik kawan lelaki asal tak mengandung, dan sebagainya.

#3 Mengambil ringan tentang dosa yang menjadi kebiasaan seperti budaya bersalaman bukan muhrim, adik tidak bertudung depan abang ipar, bersanding di majlis perkahwinan takut orang kata pelik tak bersanding, dan sebagainya.

#4 Ambil ringan tentang pembangunan akhlak seperti makan atau minum sambil berdiri atau berjalan, bersetubuh tanpa berselimut, dan sebagainya.

#5 Tidak menjaga pandangan mata seperti melihat najis, melihat aurat, melihat maksiat dan sebagainya.

#6 Tidak memelihara pergaulan dengan masyarakat termasuklah berkawan rapat dengan orang yang sama minat atau hobi tetapi tidak sensitif terhadap agama, ‘merestui’ hubungan bernafsu syahwat (pakwe makse) kononnya open, malah ada juga yang ‘merestui’ nafsu sejenis dengan merasakan OK atau tidak menjadi masalah bagi diri mereka sendiri.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Profesor Madya Dr. Hasnan Bin Kasan)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan