Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

6 Penagih dan 6 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Cegah Jenayah Ramadhan

Foto Unit Media PDRM Tawau

 

TAWAU; 20 MEI 2018 (Ahad) – Enam penagih dadah berjaya ditahan dalam satu operasi Ops Cegah Jenayah Ramadhan di sekitar Tawau, manakala enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) turut ditahan di kawasan perkampungan rumah atas air, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, operasi khas yang dilancarkan itu akan diteruskan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri bagi mengekang jenayah Dadah dan jenayah pecah rumah di daerah ini.

“Ops Ramadan ini bertujuan mengurangkan kadar jenayah dengan memberi fokus kepada operasi berterusan secara agresif polis di setiap kampung, taman perumahan serta kawasan perniagaan dan industri,” katanya.

Dalam operasi yang dijalankan di kawasan perkampungan atas air Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, pihak Polis telah menahan seramai enam orang penagih Dadah jenis syabu dan enam warga asing kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berharap agar usaha berkenaan dapat diteruskan bagi membolehkan penduduk berasa selesa serta tanpa rasa takut selain menggalakkan kerjasama dua hala antara pihak Polis dan Masyarakat.

“Masyarakat juga diharap dapat bersama-sama membantu pihak Polis dalam menjadi mata dan telinga dan saling bekerjasama menyalurkan maklumat dalam kegiatan Jenayah dan Dadah,” katanya.

ACP Fadil mengulas, Polis akan meneliti dan mengkaji hasil keseluruhan operasi yang dijalankan dan akan dilaksanakan lebih kerap pada masa hadapan dalam menjadikan ke arah Tawau sejahtera.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut, kes disiasat di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Sumber : Facebook #BESTAWAUfm

Foto Unit Media PDRM Tawau
Foto Unit Media PDRM Tawau
Foto Unit Media PDRM Tawau
Foto Unit Media PDRM Tawau
Foto Unit Media PDRM Tawau

 

Foto Unit Media PDRM Tawau

Komen


Berita Berkaitan