Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

6 pati ditahan Maritim Malaysia dalam dua kes berasingan

4:01pm 18/11/2016 Leolerry Lajius 28 views Jenayah

whatsapp-image-2016-11-18-at-3-50-08-pm

SANDAKAN, 18 November – Cubaan seorang tekong membawa seramai tiga orang penumpang menggunakan bot pancung disyaki bertujuan untuk keluar dari Sandakan menuju ke Pulau Taganak, Filipina gagal selepas mereka ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim Sandakan (DM17) berhampiran Tanjung Aru, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.05 petang itu, kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada lelaki dewasa berumur diantara 28 hingga 59 tahun gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Dalam satu kes berasingan, Maritim Malaysia DM17 telah menahan dua org PATI bersama sebuah bot jongkong berasal dari Pulau Taganak menuju ke Sandakan sekitar jam 12.40 tengahari semalam berhampiran pulau Nunuyan Laut.

Tekong, Noh Jakirin berusia 12 tahun mengatakan baru sahaja selesai menghantar satu jenazah ke Filipina selepas botnya dipajak oleh keluarga jenazah tersebut. Beliau kemudian kembali semula ke Sandakan dengan seorang lagi warga Filipina, Al Nasir Ahmad, 21.

Kedua-dua mereka disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Pengarah Maritim DM17, Kepten Maritim A. Razak bin Abd Rahman berkata, kesemua mereka yang ditahan termasuk bot berkenaan telah dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sandakan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat DM17 untuk tindakan lanjut.

“Kita akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang Maritim bagi memastikan keselamatan perairan kita sentiasa terjamin dan saya berharap agar komuniti maritim juga dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim dengan menghubungi Pusat Operasi DM17 di talian 089-229504 atau talian MERS 999,” katanya/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan